Monday, September 1, 2008

kolam mengilat/layang umpan tiruan












Sudah menjadi kegilaan dewasa ini apabila ramai pemancing yang mengamalkan kaedah pancingan baling tarik dengan umpan tiruan melepaskan hajat mereka itu di kolam-kolam pancing ikan air masin yang membenarkan kaedah ini ataupun hanya membenarkan kaedah pancingan berikut sahaja.





Akan tetapi, kolam-kolam pancing ini juga telah melarang sama sekali untuk pemancing membawa balik hasil tagkapan masing-masing, di mana lebih tepat lagi pemancing perlu mengamalkan tangkap dan lepas (catch n release) bagi setiap ikan yang diperolehi...





Lazim sekali kolam-kolam sebegini dilepaskan spesis-spesis ikan yang mempunyai ciri-ciri 'sport fishing' ataupun ikan-ikan pemangsa yang ganas dan mempunyai daya juang tinggi serta kuat seperti ikan siakap, bandang, kerapu dan juga geropoh... dan yang paling penting sekali adalah spesis ikan seperti ini memang telah terkenal serata dunia bahwa sangat tertarik dengan umpan tiruan dan rakus membahamnya yang digayakan pemancing.















kegilaan Ini dapat disaksikan di mana terdapat sebegitu ramainya pemancing khasnya pemancing Layang (fly fisher), yang telah atau lebih tepat lagi dikatakan sanggup mengharungi beberapa ratusan kilometer untuk ke kolam pancing yang mengamalkan kaedah pancing tersebut.





Sebagai contohnya sebuah kolam pancing berhampiran bandar Laguna, Merbok di Sungai Petani, yang menyediakan perkhidmatan ini dan masih di anggap 'dara' lagi, spesis-spisis ikannya telah dikunjungi oleh rata-rata pemancing luar dari Negeri Kedah, seperti Kuala Lumpur, Selangor, dan terdapat juga pemancing dari luar negara.





Sebagai seorang pemancing yg menggemari teknik mengilat(casting) umpan tiruan, saya berkesempatan mengunjungi dan terus mencuba nasib di kolam ini.





to be continued...






continueing...heheh 11 march 09






alamakk.. bukan bz tapi tak sempat nak jengokk huhuu..






cubaan mengilat pada kali pertama memang hampeh toll.. yea la coz dh tak tau keberkesanan meng mablezz kan hasil seperti penggunaan gewang, warna, spot, casting skill dan lain2 lagi lah.. tapi telah memberikan pengetahuan dan pendidikan yang bermakna untuk trip susulan hehehe..








lentoqq tak hengat tu.. memang inzal habehh wuhuhu




kerapu beb..kekeke.. tokeww dia mai wehh..


sekap ni yang depa duk taboqq rachun suruh pie tu.. kira ketaqq tangan la duk melayan casting di kaki lai fishing pond ne.. rekod peribadi di sini ada la 4 kilo lebey kot heheh.. memang superb beb..
tapi pada masa skang nie.. owner dia dh update harga plak.. truiss aku x p dahh.. rasa macam kureng mampu la pulak hahaha... kalau ketaq tangan lagi mesti pie len punyaa heheh adiosss..

1 comment:

PutraJawa said...

Mana makhlok Ryun nie... dah tak muncul-muncul lagi plak??? Dah dimakan dek ikan belukang kot.... Setahu aku tiap petang dan cuti pasti mikul joran ngan moto buruknya ke hulu hilir. Bak mai ler sekoq ikan tuh tayang kat blog nie